Bertemu birah dengan keladi. | Bertemu lelaki dan perempuan yang sama jahatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti birah tumbuh di tepi lesung. | Anak-anak yang lekas subur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti birah tidak berurat. | Orang yang pemalas, di mana duduk di situ berbaring. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti birah dengan keladi. | Tidak ada bezanya; hampir sama saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buang daun keladi, berselimut daun birah. | Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buang kuali ambil belanga. | Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: Buang daun keladi, berselimut daun birah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dari semak ke belukar. | Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buang daun keladi, berselimut dauh birah, b. Buang kuali ambil belanga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |