Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.sul] | بيسول

Definisi : bengkak yg bernanah dan bermata pd kulit; ~ gusi bengkak merah yg mengandungi nanah pd gusi gigi; ~ lada sj bisul kecil yg amat sakit; ~ sabut bisul besar yg banyak matanya; ~ selinap bisul yg tidak pecah (tetapi lama-kelamaan lisut); sbg ~ hampir memecah prb kesulitan yg hampir diatasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.sul] | بيسول

Definisi : bengkak yg bernanah dan bermata pd kulit. ~ lada bisul yg kecil tetapi amat sakit. ~ sabut sj bisul yg besar lagi banyak matanya. ~ selinap bisul yg tidak memecah tetapi akan kecut dgn sendirinya. membisul menjadi bisul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bisul

Peribahasa

Menyinggung mata bisul orang.

Bermaksud :

Menyakiti hati seseorang dengan sindiran (perkataan, perbuatan dan sebagainya) dalam sesuatu pertemuan. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggetil puncak kedal orang).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sebagai bisul hampir memecah.Menghadapi kesulitan yang hampir dapat diatasi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menyinggung mata bisul orang.Menyakiti hati seseorang dengan sindiran (perkataan, perbuatan dan sebagainya) dalam sesuatu pertemuan. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggetil puncak kedal orang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menggetil puncak kedal orang.Menyakiti hati seseorang dengan sindiran (perkataan, perbuatan dan sebagainya) dalam sesuatu pertemuan. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyinggung mata bisul orang). getil = mencubit; kedal = kudis.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas