Bodoh-bodoh sepat, tak makan pancing emas. | Biarpun bodoh, dapat juga memilih mana yang baik dan mana yang buruk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bodoh tak dapat diajar, pandai tak dapat mengajar. | Berlagak pandai dan tiada mahu menurut bicara orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bingung tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikuti). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Si bodoh hendak melepaskan jerat di kaki, terjerat leher. | Jika tidak pandai melepaskan diri daripada bahaya yang kecil maka mungkin terlibat ke dalam bahaya yang lebih besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hati orang yang bodoh itu di mulutnya, dan lidah orang yang cerdik itu di belakang hatinya. | Orang bodoh berbicara tanpa perhitungan, orang pandai berfikir sebelum berkata-kata. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan bijak terpijak, biarlah bodoh bersuluh. | Orang yang menyangka dirinya bijak selalu mendapat kehinaan; tetapi orang bodoh yang suka bertanya selalu beroleh kejayaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai buntal kembung. | Bodoh dan sombong. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Busuk, busuk embacang. | Kelihatan bodoh, sebenarnya pandai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika cerdik teman berunding, jika bodoh disuruh diarah. | Sahabat yang tulus ikhlas dan suka membantu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai jelongak kerbau rampung. | Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hidung sudah rampung diatur orang). jelongak = selalu menengadah; rampung = rosak cuping hidungnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Besar bungkus tak berisi. | Orang bodoh yang banyak bualnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Macam daun terap: bunyinya degah-deguh, degah-deguh jatuh ke bawah, b. Tong kosong berbunyi nyaring). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |