Bercabik kulit belumlah tentu, bercabik kain bolehlah. | Belum dapat diharap dengan kerja yang susah-susah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti pasir di tepi pantai, (tatkala) air timpas bolehlah dibahagikan. | Tidak boleh membenarkan perbuatan (perkataan) orang-orang yang berkuasa ketika ia sedang marah, tunggulah dulu sampai reda kemarahannya. timpas = air surut yang serendah-rendahnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kata seorang dibulati, kata bersama diperiakan. | Urusan yang mengenai diri orang perseorangan bolehlah diurus dengannya sendiri, tetapi urusan yang mengenai umum hendaklah dilakukan dengan muafakat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |