Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; membongkar 1. mengangkat ke atas, menaikkan: ~ sauh; 2. menurunkan muatan dr kapal (kereta api dll), memunggah: ~ muatan; 3. merombak (bangunan, enjin, dll): habis rumah-rumah diselongkar dan dibongkar; 4. membuka dgn paksa (pintu, peti, dll): pencuri itu dapat mengambil barang-barang berharga dgn ~ pintu peti besi; 5. mengeluarkan sesuatu secara tidak teratur kerana mencari sesuatu: ~ kain baju di dlm almari itu utk mencari kunci laci; 6. membuka (rahsia dll): ~ rahsia; ~ misteri pembunuhan itu; 7. membangkitkan perkara-perkara lama: suka sekali ~ yg lama-lama; terbongkar telah dibongkar;bongkaran hasil membongkar, benda yg sudah dibongkar; kebongkaran Jk kemasukan pencuri, kecurian; pembongkaran perbuatan membongkar; pembongkar orang yg bertanggungjawab membongkar sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bongkar I

Peribahasa

Terlampau duka terurah buntil,
     terlampau suka terurah rahsia.

Bermaksud :

Hendaklah bersikap sederhana dan hati-hati dalam segala hal (baik waktu duka mahupun waktu suka). urah = bongkar, urai; buntil = kantung daripada kain.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Batang jangan dibongkar-bongkar, takutkan cacing di bawahnya berlingkar; lain rotan lain akar, walaupun sama boleh dibuat lekar.Nasib tiap-tiap orang serupa saja, Cuma derajat (darjat) dan kedudukannya saja yang berlainan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terlampau duka terurah buntil, terlampau suka terurah rahsia.Hendaklah bersikap sederhana dan hati-hati dalam segala hal (baik waktu duka mahupun waktu suka). urah = bongkar, urai; buntil = kantung daripada kain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas