| Bungkuk (bongkok) kali hendak mengena (= mendapat). | Tipu muslihat untuk mencari keuntungan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bungkuk (bongkok) 'duk (=dek) menganyam, silap (= sesat) mengelarai. | Sekalipun demikian sungguhnya membuat sesuatu pekerjaan namun salah dan silap itu tak dapat dielakkan. mengelarai = menganyam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bungkuk (bongkok) baru betul. | Angkuh dan sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat. (Peribahasa lain yang sama makna: Buta baru celik [= melihat]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Entimun bongkok. | Tidak masuk hitungan dalam pergaulan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kayu bongkok kura-kura pun boleh memanjat. | Orang yang sudah bersalah itu ada-ada saja orang yang menambah-nambahkan kesalahannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pisau bongkok melukakan sarungnya. | Mengkhianati orang yang melindunginya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sudah bongkok jangan menyerangguh. | Sesuatu perkara yang buruk jangan diperbesar-besarkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Takkan bongkok sebab menyuruk. | Tiada hina atau cela mengerjakan sesuatu pekerjaan yang dipandang rendah, kerana menyelamatkan diri ataupun menyampaikan maksud yang baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menyelodok sama bongkok, melompat sama patah. | Persahabatan yang karib. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Yang bungkuk (bongkok) juga dimakan sarung. | Yang bersalah juga yang akan menanggung dosanya (menerima hukumannya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |