Buah yang manis berulat di dalamnya. | Perkataan yang manis-manis mengandungi maksud yang buruk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar, dibaja dengan madu, disiram dengan manisan, dan diletakkan di atas tebu, apabila masak pahit juga. | Orang yang jahat perangainya, tak dapat diperbaiki lagi, biarpun dihiasai dengan pangkat dan kekayaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buah masak tergantung tinggi: akan dijolok penggalah singkat, akan ditingkat batangnya licin. | Tiada berdaya untuk mencapai (mengerjakan) sesuatu cita-cita yang tinggi atau pekerjaan yang sulit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buah masak merah belum tentu manis rasanya. | Orang yang elok rupanya itu belum tentu perangainya baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buah macang dimakan kelarah, di luar baik busuk di dalam. | Orang perempuan yang sudah rosak, hanya di luar saja yang kelihatannya baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buah kedempung, di luar berisi di dalam kosong. | Orang yang sombong banyak cakapnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terung buah bergantung, lobak buah berlindung. | Ada orang yang menampakkan kekayaannya dan ada pula orang yang menyembunyikannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti tembatu dibelah. | Berserak-serak, tidak keruan. tembatu = buah yang keras seperti buah nipah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dulu buah daripada bunga; dulu duduk daripada cangkung. | Beranggapan sudah memiliki sesuatu barang yang belum tentu diperoleh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gundahkan buah dimakan burung. | Bersusah hati terhadap wanita yang sudah menjadi isteri orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |