| Daunnya jatuh melayang, buahnya jatuh ke pangkal juga. | Orang yang tiada berbudi pekerti jika banyak pengetahuannya sekalipun, akan ketahuan juga; yang berguna tinggal yang tak berguna terbuang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Keladi muda, muda buahnya; menurut hati muda, berkelahi sudahnya. | Orang muda sangat mudah panas darahnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Putik mendului bunga, buahnya mabuk dimakan. | Perempuan yang hamil sebelum nikah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berputik dulu baru berbunga, buahnya jarang dimakan beruk (= monyet). | Perempuan yang hamil sebelum kahwin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Memagar kelapa (= kerambil) condong, buahnya jatuh ke ladang orang. | Kita yang bersusah payah, orang lain yang mendapat hasilnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Melentur dahan dek meluyut buahnya. | Kesusahan keluarga yang banyak anaknya. meluyut = melentur ke bawah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mati ayam mati tungaunya. | Bila tuannya mendapat celaka, anak buahnya ikut menderita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Terpelanting memilihi, terserak mengampungkan. | Kewajiban ketualah memelihara hak milik anak buahnya dan mengumpulkan mereka yang bercerai-berai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Rantau jauh diulangi, rantau dekat dikendana. | Ketua yang selalu menjagai anak buahnya jauh dan dekat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Rendah dianjung tinggi, kecil diambak besar. | Kebesaran seseorang itu kerana dimuliakan dan dibesarkan oleh anak buahnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |