| Makan bubur panas-panas. | Bertindak dengan tergesa-gesa, akhirnya mengecewakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kurang-kurang bubur, lebih-lebih sudu (= sudu yang lebih). | Perkara kecil menjadi besar kerana banyak dipercakapkan orang; pengetahuan sedikit tetapi terlalu besar cakapnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Nasi sudah menjadi bubur. | Sudah terlanjur, tak dapat diubah lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |