Utang (hutang) emas dapat (= boleh) dibayar, utang (hutang) budi dibawa mati. | Budi baik orang haruslah diingat selama-lamanya, kerana budi bahasa tak dapat dibayar dengan wang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kurang budi teraba-raba, tidak ilmu suluh padam. | Orang yang kurang siasat di dalam sesuatu perkara, akhirnya akan mendapat kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laut budi tepian akal (= ilmu). | Orang cerdik pandai atau cendekiawan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebab budi boleh kedapatan. | Tingkah laku juga yang menyebabkan seseorang itu binasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seorang budi-budian, seorang tabung seruas. | Dua orang yang berlainan sifatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Muka berpandangan, budi kedapatan, kasih bagai selama juga. | Tiada menghiraukan perbuatan jahat, sikapnya seperti dulu juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Main akal (= budi). | Mengenakan tipu daya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nasi habis budi bersua. | Sahabat yang sudah kentara budi pekertinya yang kurang baik; baru teringat akan sahabat setelah dalam kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang juga. | Budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan orang walaupun sudah mati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Putih tulang dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga. | Budi bahasa yang baik akan tetap dikenang orang, walaupun kita telah lama meninggal dunia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |