Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata budi baik

Puisi
 

Banyak ubi perkara ubi,
     Ubi Daik saya tanamkan;
Banyak budi perkara budi,
     Budi baik saya kenangkan.


Lihat selanjutnya...(230)
Peribahasa

Ulat lupakan daun.

Bermaksud :

Lupa akan budi baik orang.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tak tahu membalas guna.Melupai budi baik orang; tak berterima kasih kepada kebaikan orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ulat lupakan daun.Lupa akan budi baik orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang juga.Budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan orang walaupun sudah mati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Besi baik tiada berkarat.Budi baik tidak dilupakan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Utang (hutang) emas dapat (= boleh) dibayar, utang (hutang) budi dibawa mati.Budi baik orang haruslah diingat selama-lamanya, kerana budi bahasa tak dapat dibayar dengan wang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi.Biarpun rupa elok dan kacak, tetapi kalau budi bahasa buruk, maka akan hina juga pada pandangan masyarakat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Putih tulang dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.Budi bahasa yang baik akan tetap dikenang orang, walaupun kita telah lama meninggal dunia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gagak bersuara murai.Rupanya hodoh tetapi suaranya merdu dan baik budi bahasanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jika bunga tak hendak dipersunting, boleh dibuat peraksi kain.Perempuan yang baik budi pekertinya, walau sudah tua (rupa hodoh), boleh juga menjadi ketua rumah. raksi = bau-bauan yang harum; peraksi = bunga-bungaan dan sebagainya untuk mengharumkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah merasa maka (= baru) santun.Baru ada belas kasihan sesudah menderita kesusahan. santun = baik budi bahasa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas