Sebagai bujang baru (= jolong) berkeris. | Sangat sombong. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti gadis jolong bersubang, bujang jolong berkeris. | Sangat sombong kerana kekayaan (kemuliaan) yang baru diperolehnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rumah tinggal sarang hantu, orang bujang sarang fitnah. | Orang yang tinggal sendirian senantiasa menjadi tumpuan percakapan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam seekor bertambang dua. | Gadis seorang, dua bujang yang ingin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Betung bulat tak bersegi, pipit jantan tak bersarang. | Anak bujang atau anak dagang yang bebas berjalan ke mana-mana saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |