Bukannya diretak panas. | Sesuatu kejadian itu berlaku kerana terlalu banyak diperkatakan orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bukannya diam penggali berkarat, melainkan diam ubi berisi. | Diam yang ada gunanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bukannya bersuluh batang pisang, bersuluh bulan matahari. | Kebenaran yang sudah terang dan nyata, tidak saja disaksikan oleh orang-orang biasa, tetapi juga oleh orang-orang yang berkuasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Benang bercerai-cerai bukannya kain, dek rapat tetal tenunan kain, jarum pun tidak menelusnya. | Ketangguhan bersatu padu. tetal = padat; telus = celus. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |