| Memilih sangat, terpilih buku. | Kerana terlampau sangat menghendaki yang baik, akhirnya mendapat yang buruk. (Peribahasa lain yang sama makna: Pilih-pilih ruas [= tebu], terpilih pada buku [= dilabu muda]. buku = buku buluh atau buku tebu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kenal dadanya, tak kenal mukanya (= rupanya). | Orang alim atau orang pandai dikenal orang hanya dengan membaca buku-buku karangannya saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mengadu buku jari (= buku lima). | Berkelahi dengan menggunakan tinju. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mengadu buku lidah. | Bertengkar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti buku gaharu. | Orang yang memperlihatkan keunggulannya apabila perlu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Terkena buku buluh. | Kerana terlalu memilih-milih, akhirnya mendapat sesuatu yang buruk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tidak masuk buku. | Tidak termasuk dalam hitungan (= perkiraan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pilih-pilih ruas (= tebu), terpilih pada buku (= dilabu muda). | Kerana terlampau sangat menghendaki yang baik, akhirnya mendapat yang buruk. (Peribahasa lain yang sama makna: Memilih sangat, terpilih buku). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bertemu ruas dengan buku. | Sesuai, seimbang; lelaki perempuan yang sudah memang jodohnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Cari umbut kena buku. | Mencari yang baik, mendapat yang buruk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |