Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buku;

Puisi
 

Jika adinda makan gelagah,
     Beri kami buku-bukunya;
Jika adinda beranak tengah,
     Bagi kami buku bongsunya.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Kenal dadanya,
     tak kenal mukanya (= rupanya).

Bermaksud :

Orang alim atau orang pandai dikenal orang hanya dengan membaca buku-buku karangannya saja.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Memilih sangat, terpilih buku.Kerana terlampau sangat menghendaki yang baik, akhirnya mendapat yang buruk. (Peribahasa lain yang sama makna: Pilih-pilih ruas [= tebu], terpilih pada buku [= dilabu muda]. buku = buku buluh atau buku tebu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kenal dadanya, tak kenal mukanya (= rupanya).Orang alim atau orang pandai dikenal orang hanya dengan membaca buku-buku karangannya saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengadu buku jari (= buku lima).Berkelahi dengan menggunakan tinju.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengadu buku lidah.Bertengkar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti buku gaharu.Orang yang memperlihatkan keunggulannya apabila perlu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terkena buku buluh.Kerana terlalu memilih-milih, akhirnya mendapat sesuatu yang buruk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak masuk buku.Tidak termasuk dalam hitungan (= perkiraan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pilih-pilih ruas (= tebu), terpilih pada buku (= dilabu muda).Kerana terlampau sangat menghendaki yang baik, akhirnya mendapat yang buruk. (Peribahasa lain yang sama makna: Memilih sangat, terpilih buku).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bertemu ruas dengan buku.Sesuai, seimbang; lelaki perempuan yang sudah memang jodohnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cari umbut kena buku.Mencari yang baik, mendapat yang buruk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas