Bulan terang paksa baik; payang ke laut, balok pun ke laut juga. | Dalam masa kemakmuran semua orang berlumba-lumba mencari keuntungan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bulan terang dalam rimba. | Orang pandai yang memperlihatkan kepandaiannya kepada orang-orang yang tak dapat menghargai kepandaiannya itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bulan naik matahari naik. | Mendapat untung dan bahagia di kiri kanan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bulan mengambang dikandung awan. | Lelaki yang merindukan seorang perempuan, dan perempuan itu telah diambil oleh orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bulan jatuh di ribaannya. | Beruntung besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bulan dipagar bintang. | Cocok segala-galanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai bulan penuh mengambang di kaki awan. | Perempuan cantik yang keluar dari rumahnya kerana hendak berjalan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berkandilkan bulan. | Tidak mempunyai rumah tempat tinggal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti bulan kesiangan hari. | Muka yang sangat pucat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti bulan dengan matahari. | Sudah sepadan benar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |