Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.lat.bu.lat] | بولت - بولت

Definisi : 1. berbentuk bulat; 2. = bulat-mulat dgn keseluruhannya (seluruhnya), sepenuh-penuhnya, dgn begitu sahaja: ular itu menelan ~ seekor anak kambing;Menteri itu menolak ~ usul parti pembangkang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.lat.bu.lat] | بولت - بولت

Definisi : 1 sesuatu yg bulat bentuknya: Apa benda ~ yg terapung di permukaan air itu? 2 semuanya sekali; tidak berpisah-pisah; seluruhnya: Kaum petani ~ menentang kenaikan cukai tanah itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulat-bulat

Puisi
 

Kurang bulat sembayan sakar,
     Akan membubur si kacang gadung;
Tanah bersukat jangan diekar,
     Kalau diekar siapa yang tanggung?


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bulat bagai air dalam pembuluh.

Bermaksud :

Persatuan yang kukuh atau keputusan yang dicapai dengan kata muafakat.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bulat bersegi, bersanding melukai.Kelihatannya baik tetapi di dalam atau keadaan yang sebenarnya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Masak di luar mentah di dalam).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bulat bagai air dalam pembuluh.Persatuan yang kukuh atau keputusan yang dicapai dengan kata muafakat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bulat waris mengadakan buapak, bulat buapak mengadakan lembaga.Kata sepakat waktu mengangkat datuk lembaga. buapak = kependekan daripada ibu dan bapa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat.Untuk melakukan sesuatu pekerjaan supaya selamat maka hendaklah berunding dulu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bulat segiling, pecak setapik.Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan, b. Pipih [= pecak] boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan). pecak = pipih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan.Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pilih [= pecak] boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pipih (= pecak) boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan.Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Betung bulat tak bersegi, pipit jantan tak bersarang.Anak bujang atau anak dagang yang bebas berjalan ke mana-mana saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Batu bulat tak bersanding.Orang yang tidak mempunyai perasaan takut. sanding = dekat, damping.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang.Orang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas