| Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap. | Membuat pekerjaan yang sia-sia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mercun buluh senapang bambu, kepada saya jangan dituju. | Tiada guna menggertak orang yang berakal dan berilmu dengan sesuatu yang tidak ada ertinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menebas buluh serumpun (= seperdu). | Merosakkan nama kaum kerabat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti buluh perindu ditiup angin tatkala dinihari. | Suara yang sangat merdu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tebas buluh serumpun. | Merosakkan kaum kerabat kerana perbuatan yang tidak baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai gelegar buluh. | Bercakap besar. gelegar = bunyi bergemuruh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mana ada buluh tidak berbuku? | Tak ada sesuatu yang sempurna benar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menggerutus macam buluh di perun. | Berkata-kata dengan cepat. gerutus = bagai bunyi dibakar; perun = bakar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti bangsi buluh perindu. | Suara yang lemah lembut dan merdu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Terkena buku buluh. | Kerana terlalu memilih-milih, akhirnya mendapat sesuatu yang buruk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |