Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulunya

Puisi
 

Ayam balik bulunya bali,
     Kayu meranti buat penolak;
Tuan balik bila nak ke mari,
     Kalau tak mati berjumpa pulak.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Burung gagak itu jika dimandikan dengan air mawar sekalipun,
     tiada akan menjadi putih bulunya.

Bermaksud :

Orang yang sudah biasa jahat itu biar bagaimanapun dinasihatkan namun tabiatnya tidak dapat dirubah.

 

Lihat selanjutnya...(6)

587

Once a thief, always a thief

Tanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya.

Burung gagak jika dimandikan dengan air mawar sekalipun, tidak akan menjadi putih bulunya

Ex-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''.

Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Burung gagak jika dimandikan dengan air mawar sekalipun, tidak akan menjadi putih bulunya ''.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya.Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Burung gagak itu jika dimandikan dengan air mawar sekalipun, tiada akan menjadi putih bulunya.Orang yang sudah biasa jahat itu biar bagaimanapun dinasihatkan namun tabiatnya tidak dapat dirubah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih.Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Burung gagak itu jika dimandikan dengan air mawar sekalipun, tiada akan menjadi putih bulunya, c. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis.Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, b. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya, c. Habis air setelaga, arang dibasuh tak putih).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Habis air setelaga, arang dibasuh tak putih.Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, c. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hangat tiada berapi, sejuk tiada berair.Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, c. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas