Sudah dapat gubah dikarang, bunga sekaki dicampak buang. | Kerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi, b. Telah dapat gading bertuah, terbuang tanduk kerbau mati). gubah dikarang = bunga=bunga yang dikarang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bunga yang layu tidak diseri oleh kumbang. | Perawan tua tidak dipinang orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bunga yang harum itu ada juga durinya. | Tak ada yang tak ada cacatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak ada elok yang tidak bercacat, b. Tak ada gading yang tak retak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bunga tengah kembang di taman, baunya merebak ke mana-mana. | Kecantikan seorang gadis yang telah gah ke mana-mana. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bunga raya kembang pagi. | Muka yang merah padam kerana terlalu marah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bunga layu kembang semula. | Orang tua yang bersolek seperti orang muda. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bunga gugur putik pun gugur. | Tiap-tiap yang hidup akan mati dengan tidak memandang umur. (Peribahasa lain yang sama makna: Mumbang jatuh [= runtuh], kelapa jatuh [= runtuh]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bunga kembang berbalik kuncup. | Seseorang yang mulanya menurut kehendak kita, tetapi kemudiannya ia ingkar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bunga kembang menanti layu. | Kecantikan dan keelokan seorang perempuan tiada kekal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bunga dipersunting akhirnya akan layu. | Sesuatu yang dipakai itu akan buruk kesudahannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |