Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunga-bunga

Puisi
 

Macang nanas lela teruna,
     Gajah berjuang di Kampung Melayu;
Duduk menangis mengenang bunga,
     Bunga yang kembang habis layu.


Lihat selanjutnya...(391)
Peribahasa

Bunga yang layu tidak diseri oleh kumbang.

Bermaksud :

Perawan tua tidak dipinang orang.

 

Lihat selanjutnya...(61)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sudah dapat gubah dikarang, bunga sekaki dicampak buang.Kerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi, b. Telah dapat gading bertuah, terbuang tanduk kerbau mati). gubah dikarang = bunga=bunga yang dikarang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bunga yang layu tidak diseri oleh kumbang.Perawan tua tidak dipinang orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bunga yang harum itu ada juga durinya.Tak ada yang tak ada cacatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak ada elok yang tidak bercacat, b. Tak ada gading yang tak retak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bunga tengah kembang di taman, baunya merebak ke mana-mana.Kecantikan seorang gadis yang telah gah ke mana-mana.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bunga raya kembang pagi.Muka yang merah padam kerana terlalu marah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bunga layu kembang semula.Orang tua yang bersolek seperti orang muda.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bunga gugur putik pun gugur.Tiap-tiap yang hidup akan mati dengan tidak memandang umur. (Peribahasa lain yang sama makna: Mumbang jatuh [= runtuh], kelapa jatuh [= runtuh]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bunga kembang berbalik kuncup.Seseorang yang mulanya menurut kehendak kita, tetapi kemudiannya ia ingkar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bunga kembang menanti layu.Kecantikan dan keelokan seorang perempuan tiada kekal.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bunga dipersunting akhirnya akan layu.Sesuatu yang dipakai itu akan buruk kesudahannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234567

Kembali ke atas