Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buta;

Peribahasa

Buta baru celik (= melihat).

Bermaksud :

Angkuh dan sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bungkuk [bongkok] baru betul).

 

Lihat selanjutnya...(25)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Buta kehilangan tongkat.Menghadapi keadaan yang sukar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Buta baru celik (= melihat).Angkuh dan sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bungkuk [bongkok] baru betul).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti si buta mendapat tongkat, dipukulkan buta-tuli.Menjadi sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Orang buta diberi bersuluh.Melakukan perbuatan yang sia-sia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Si buta membilang bintang di langit.Membuat pekerjaan yang sia-sia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai si buta pergi bergajah.Pekerjaan yang sia-sia. bergajah = menangkap gajah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kerana mata buta, kerana hati mati.Orang yang menurutkan hawa nafsunya, akhirnya akan binasa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti si buta berbini cantik, si kudung beroleh cincin, si bisu bercakap dan si tuli mendengar.Beroleh keuntungan tetapi tidak dapat merasainya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti lalat buta.Terpusing-pusing tiada tentu arah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kucing berakkan rambut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sekalilah si buta kehilangan tongkat.Selalu berhati-hati setelah sekali menghadapi kesukaran.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas