Pecah tempayan, buyung ada. | Hilang seorang, masih ada orang lain yang akan menggantinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Pecah buyung, tempayan ada). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mulut buyung dapat dipendam, mulut manusia siapa dapat menutup. | Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke mana-mana. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mulut tabuh dapat disumbat, mulut orang bagaimana menyumbatnya, b. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pecah buyung, tempayan ada. | Hilang seorang, masih ada orang lain yang akan menggantinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lautan yang dalam sudah diselam rata, buyung di dapur tak tahu apa isinya. | Negeri yang jauh sudah dilawati dan diambil tahu, tetapi hal rumah tangga sendiri tiada diperiksa bagaimana keadaannya. (Bandingkan dengan: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, c. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan kamu sangka: kapal api besi itu pun masuk guri juga. | Jangan disangka sesuatu yang kuat dan teguh akan kekal terus tidak binasa. guri = sebangsa buyung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya. | Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke mana-mana. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mulut buyung dapat dipendam, mulut manusia siapa dapat menutup, b. Mulut tabuh dapat disumbat, mulut orang bagaimana menyumbatnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mulut tabuh dapat disumbat, mulut orang bagaimana menyumbatnya. | Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke mana-mana. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mulut buyung dapat dipendam, mulut manusia siapa dapat menutup, b. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |