Titik ditampung, meresap dipalit. | Pemberian orang atau penghasilan biar betapa sedikit sekalipun akan diterima juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar titik, jangan tumpah. | Lebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Biar merangkak jangan menjalar, b. Biar senget jangan tertiarap). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sayangkan titik, tak sayangkan tumpah. | Si bodoh yang kikir takut akan rugi yang sedikit, tetapi tidak kira akan rugi yang banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takut titik lalu tumpah. | Kerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Takut akan hantu, lari ke pandam, b. Takut akan mayat terpeluk bangkai, c. Takut di hantu, terpeluk ke bangkai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai air titik ke batu. | Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Air di daun keladi [= talas]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rembes dipalit, titik ditampung. | Biar sedikit sekalipun diterima juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidak tentu titik komanya. | Perkataan yang tidak tentu hujung pangkalnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hinggap bak langau, titik bak hujan. | Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sumbing menitik, patah mengimpal. | Berhutang membayar; salah dihukum. titik dan kimpal = tempa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air di daun keladi (= talas). | Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai air titik ke batu, b. Kalis bagai air di daun keladi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |