Tak hilang cahaya manikam, oleh jatuh ke limbahan sekalipun. | Orang yang baik-baik itu biar miskin sekalipun, akan kelihatan juga perangai dan kelakuannya yang baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tembaga menunjukkan senam, besi menunjukkan karat, keris menunjukkan pamur, manikam menunjukkan cahaya. | Baik orang mahupun barang mempunyai tanda-tanda atau sifat-sifatnya yang menunjukkan baik atau buruknya. pamur = baja putih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |