Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.kap] | چاکڤ

Definisi : bicara, kata, kecek, tutur; ~ angin cakap yg tidak ada isi atau tidak betul (omong kosong); ~ mulut bahasa yg digunakan dlm percakapan sehari-hari (tidak dlm tulisan); ~ berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar prb cakap sahaja yg besar tetapi tiada suatu pun pekerjaan yg dilakukan; dengar ~ enggang, makan buah beluluk, dengar ~ orang, terjun masuk lubuk prb sesuatu pekerjaan itu kalau tidak difikirkan sendiri dgn betul-betul dan hanya mendengar cakap orang adalah mudarat akibatnya; mengalih kain payah juga ke ceruk, mengalih ~ di mata-mata sahaja prb memperkatakan sesuatu rahsia itu haruslah berhati-hati kerana buruk akibatnya kalau diperkatakan kpd orang yg tiada tentu; bercakap 1. berkata, berbicara, bertutur: perlembagaan menjamin tiap-tiap warganegara akan mendapat beberapa hak yg pokok spt kebebasan ~; wakil kita pandai ~ sahaja; 2. berbahasa: ~ Melayu; 3. berbual, berborak, bersembang; bercakap-cakap 1. berbual-bual, beromong­omong; 2. bercakap atau berbincang tentang sesuatu tanpa bertindak atau melakukan sesuatu: terpulanglah kpd sarjana-sarjana di Malaysia sendiri utk memajukan bidang Pengajian Melayu, bukan sekadar ~ mengenainya sahaja; mencakapi ark mengajak berkata (dgn), menegur, menyapa; mencakapkan, mempercakapkan 1. mem­bicarakan, memperkatakan: O, itukah yg hendak dicakapkan tadi!; apa yg dipercakapkan oleh orang dua beranak ini? 2. menceritakan, memberitahukan, mengkha­barkan: kalau Idah cakapkan pd Kak Inah boleh, tapi takkan Kak Inah boleh buat apa-apa; 3. mengucapkan, menyebutkan, meng­gunakan bahasa: bahasa Melayu dicakapkan di Malaysia dan di Indonesia oleh lebih drpd 100 juta manusia; percakapan, cakapan 1. pertuturan: segala ~ dan tingkah lakunya telah menjadi beradat benar; 2. pembicaraan, perbualan, perunding­an: kemudian drpd itu ~ antara kedua-duanya melarat kpd beberapa perkara yg lain; 3. apa-apa yg dicakapkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.kap] | چاکڤ

Definisi : 1. Id sanggup, boleh, mampu, dapat (membuat sesuatu), dapat dan pandai melaku­kan sesuatu, cekap; 2. elok, cantik, rupawan; 3. Mn tangkas, lekas, pantas, cekap; bercakap sl sanggup, berani (mengerjakan sesuatu): maka Sultan Mansur Shah pun memberi titah menyuruh menaiki Hang Kasturi, seorang pun tiada ~; mempercakap, mempercakapkan Id men­jadikan cakap (mahir, dapat, mampu) utk melakukan sesuatu, mempercekap; kecakapan 1. kesanggupan, kemampuan, kecekapan; 2. Id kemahiran, kepandaian (melakukan sesuatu); 3. Mn kepantasan mem­buat (mengerjakan) sesuatu, ketangkasan, kepantasan, kecekapan; ®cekap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.kap] | چاکڤ

Definisi : I apa-apa yg diucapkan; tutur; kata. ~ ajuk cakap spt yg dituturkan oleh penutur asalnya. ~ angin cakap yg tidak ada isi dan tidak berfaedah; omong kosong. ~ besar cakap yg membesar-besarkan diri sendiri. ~ mulut bahasa yg digunakan dlm perbualan sehari-hari. ~ pindah cakap yg sudah diubah bentuknya menjadi laporan. bercakap 1 menuturkan kata-kata; berkata: Ia memang pandai ~. 2 menggunakan sesuatu bahasa ketika bertutur; berbahasa: Ia pandai ~ Arab. bercakap-cakap berbual-bual; beromong-omong: Ia sedang ~ dgn kawannya semasa saya tiba. mempercakapkan 1 bercakap(-cakap) ttg sesuatu; memperkatakan: Tidak sesiapa pun yg dibenarkan ~ hal-hal itu di khalayak ramai. 2 menggunakan sesuatu bahasa utk melahirkan atau utk menyatakan sesuatu; menuturkan sesuatu: Bahasa Melayu dipercakapkan oleh lebih drpd 100 juta manusia. percakapan 1 perbuatan atau hal bercakap; perbualan: ~ dan tingkah lakunya sopan dan tertib sekali. 2 apa-apa yg dipercakapkan: ~ mereka melarat dr satu perkara ke satu perkara hingga larut malam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ca.kap] | چاکڤ

Definisi : , = bercakap sanggup dan dpt melakukan atau membuat sesuatu: Siapakah antara kamu yg ~ menangkap pencuri itu? mencakapkan membuat supaya cakap (mahir) melakukan sesuatu. kecakapan 1 kesanggupan atau kemampuan melakukan sesuatu. 2 kepandaian atau kepintaran berbuat sesuatu pekerjaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cakap

Puisi
 

Saya tak cakap katakan upih,
     Kerana seludang jatuh melintang;
Saya tak cakap kata boleh,
     Kerana saya dalam tangan orang.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Dengar cakap enggang,
     makan buah beluluk;
dengar cakap orang,
     terjun masuk lubuk.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan itu hendaklah difikirkan sendiri masak-masak sebelum dikerjakan dan jangan sekali-kali mendengar cakap orang.

 

Lihat selanjutnya...(34)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Cakap berlauk-lauk makan dengan sambal lada.Cakapnya seperti orang kaya, padahal miskin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dengar cakap enggang, makan buah beluluk; dengar cakap orang, terjun masuk lubuk.Sesuatu pekerjaan itu hendaklah difikirkan sendiri masak-masak sebelum dikerjakan dan jangan sekali-kali mendengar cakap orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mendengarkan cakap enggang.Mendengarkan pujukan musuh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Silap cakap kena radak, hilang jiwa percuma saja.Memperkatakan sesuatu perkara (rahsia dan sebagainya), hendaklah hati-hati benar, sebab buruk padahnya. radak = tusuk dengan lembing.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jadi alas cakap.Hadiah kepada orang yang berjasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Akan pembasuh kaki [= tangan]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar.Cakapnya saja yang besar tetapi tidak ada satu pun pekerjaan yang dilakukan olehnya. (Biasa juga: Cakap berdegar-degar, tumit di keting).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harap ke mulut besar cakap, kerja suatu tak boleh cekap.Cakapnya saja yang besar tetapi buktinya tidak ada.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kecek anak Melaka.Cakap tinggi tetapi tidak berisi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti ketiak ular.Cakap yang tak berkeputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecek bagai ketiak ular).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biarlah tersalah kain, janganlah tersalah cakap.Hendaklah selalu berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu perkataan. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar salah kain, jangan salah mulut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234

Kembali ke atas