Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ikan (kata nama)

Puisi
 

Ikan petutu ikan pelata,
     Ikan puyu di sawah padi;
Kalau sudah bertutuk dia punya harta,
     Tolonglah timbang agar memuaskan hati.


Lihat selanjutnya...(210)
Peribahasa

Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor.

Bermaksud :

Kerana yang sedikit rosak yang banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Sebab nila setitik, rosak susu [= santan] sebelanga). kambu = bakul.

 

Lihat selanjutnya...(91)

107

Don't count your chickens before they are hatches

Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan.

Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan

Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. Don't count your chickens before they are hatches. Wait until they give you an appointment letter.

Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Anak ikan dimakan ikan, tahu makan tahu simpan.Jikalau tahu membuat sesuatu kerja, hendaklah tahu menyimpan rahsianya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor.Kerana yang sedikit rosak yang banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Sebab nila setitik, rosak susu [= santan] sebelanga). kambu = bakul.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebab nila setitik, rosak susu (= santan) sebelanga.Kerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan menjadi rosak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tertangkap di ikan kalang.Berlawan atau bersaingan dengan orang yang lebih berani (pandai, kaya dan sebagainya). Ikan kalang = keli atau ikan lele.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jangan disangkakan ikan lais-lais tiada menyengat.Jangan dipermudah-mudahkan orang yang lemah, terkadang-kadang ia dapat menyusahkan orang kuat. ikan lais-lais = sebangsa ikan kecil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ikan seekor rosakkan ikan setajau.Kerana yang sedikit rosak yang banyak. tajau = tempayan besar dibuat daripada tanah berlapis sejenis proselin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dituba sajakah ikan, dijala dijaring bukankah ikan?Tidak malu melakukan kejahatan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ikan di kuali, habis melompat.Nasib yang malang. (Peribahasa lain yang sama makna: Ikan digulai sudah melompat).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti gemi berjodoh dengan ikan.Pertemuan yang sangat sesuai. gemi = sejenis ikan, kemi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sambang penuh jala terletak, laut kering ikan mengempas.Usaha yang berhasil dengan baik sekali. sambang = keruntung ikan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910

Kembali ke atas