Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj bahan yg disediakan drpd biji bunga popi (boleh digunakan secara terkawal utk menghilangkan rasa sakit atau menyebabkan tidur tetapi berbahaya apabila digunakan secara tidak terkawal sbg dadah utk meng­khayalkan diri dsb); ~ mentah candu yg belum dimasak atau diproses sehingga sedia utk digunakan; 2. = ~ rokok cecair yg pekat hitam yg keluar dr rokok atau lubang paip yg dihisap; 3. = mencandu ketagih (suka, gemar) akan sesuatu: apabila sudah termula, payah hendak meninggalkan ~ rokok ini; sejak orang ~ merantau ini, hidup berfamili cara dahulu menjadi rosak binasa; spt orang pemakan ~, dgn ~ sampai mati prb sesuatu kebiasaan itu payah hendak dihentikan; mencandu 1. spt candu (lekat-lekat); 2. ada candunya: paipnya tak pernah dibersihkan hingga ~; mencandui 1. menjadikan ketagih (gemar, asyik): kalau saya tidak dicandui oleh keinginan utk jadi wartawan, tentulah saya tidak lekas-lekas meninggalkan bangku sekolah; 2. meracuni, memperdayakan, menipu: bukan maksud kami hendak ~ rakyat; kecanduan ketagihan: lagu Mera Bolbol telah menjadi lagu pujaan mereka yg ~ filem-filem Hindustan; pencandu 1. penghisap candu; 2. ki peng­gemar, peminat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bahan yg diperoleh dr buah (biji) popi dan sudah dimasak; madat. 2 benda pekat dan berwarna hitam yg keluar dr rokok atau paip yg dihisap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata candu

Peribahasa

Penghisap candu gelap.

Bermaksud :

Lelaki yang berbuat jahat secara rahsia dengan perempuan, akhirnya akan ketahuan juga.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti orang pemakan candu, dengan candu sampai mati.Perbuatan yang sudah dibiasakan, jarang dapat ditinggalkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Penghisap candu gelap.Lelaki yang berbuat jahat secara rahsia dengan perempuan, akhirnya akan ketahuan juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menguap-nguap bagai orang ombak.Sangat ketagih (minuman, candu, rokok dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Menguap-nguap bagai ikan kekeringan). orang ombak = orang hampir mati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menguap-nguap bagai ikan kekeringan.Sangat ketagih (minuman, candu, rokok dan sebagainya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas