Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. cabik, robek, sobek, koyak meman­jang; 2. = carikan cabikan; 3. helai, keping: se~ kertas; sirih se~; bercarik-carik carik di sana sini, cabik­-cabik: habislah pecah ~ seluar dan baju kertasnya; mencarik mencabik, mengoyak; mencarik-carik mencabik-cabik, mengoyak­-ngoyakkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Jw jurutulis, kerani. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; akar ~ puteri sj tumbuhan (pokok memanjat), akar keladi enggang, akar puding rimba, lakum laut, Vitis cinnamomea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 koyak memanjang atau koyak sedikit: Kainnya terkena duri lalu ~. 2 penjodoh bilangan utk sesuatu yg disiat: Se~ kertas, setitik dakwat. mencarik membuat (sesuatu) supaya carik; me­ngoyakkan; menyiat. mencarik-carik membuat supaya carik berkali-kali; mencabik-cabik; mengoyak-ngoyakkan: Dia telah ~ surat itu dan kemudian membuangnya ke dlm parit. carikan yg dicarik; sobekan (kertas dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Adakah anda bermaksud : carik

Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata carik

Puisi
 

Secarik dua carik,
     Tebu lontong kusangka kayu;
Kalau dibeli bercarik-carik,
     Manakan dapat sehelai baju.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Cencang air tidak putus,
     pancung abu tak berbekas.

Bermaksud :

Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cencang air tidak putus, pancung abu tak berbekas.Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas