Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (umbinya dibuat ubat), Kaempferia galanga; ~ manis sj tumbuhan (daunnya boleh dibuat sayur), asin-asin, cekuk manis, Sauropus albicans; ~ jerangau berbau lagi = ~ jerangau belum habis lagi prb masih mentah lagi (belum matang), masih muda benar; memanjat pokok ~ boleh mati jatuh prb menerima kesusahan (hukuman) yg berat drpd kesalahan yg sedikit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj herba yg umbinya boleh dibuat ubat, Kaempferia galanga. ~ manis nama sj pokok renek yg daunnya boleh dibuat sayur, asin-asin, Sauropus albicans. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cekur.

Puisi
 

Cekur manis separuh hidup,
     Masaklah kari berganti-ganti;
Jangan ditangis cerai hidup,
     Lepas seorang berdua ganti.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Memanjat pokok cekur boleh jatuh mati.

Bermaksud :

Hukuman yang berat kerana kesalahan yang sedikit.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bau cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun, sudah hendak berumah tangga.Belum cukup umur sudah hendak beristeri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memanjat pokok cekur boleh jatuh mati.Hukuman yang berat kerana kesalahan yang sedikit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cekur jerangau belum habis lagi.Belum dewasa sudah hendak melawan orang tua; belum ada pengalaman. (Peribahasa lain yang sama makna: Cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun.Belum dewasa sudah hendak melawan orang tua; belum ada pengalaman. (Bandingkan dengan: Bau cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun, sudah hendak berumah tangga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas