Celaka tiga belas. | Malang sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Celaka ayam, padi masak makan ke hutan. | Nasib yang malang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Malang celaka Raja Genggang, tuak terbeli tunjang hilang. | Nasib yang malang, waktu maksud yang kedua diperoleh, barang yang sudah di tangan pula hilang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tuak terbeli, tunjang hilang). tuak = nira yang diberi beragi; tunjang = kaki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tangan yang celaka kerja jatuh. | Mendapat kerugian kerana perbuatan anggota keluarga yang tidak bertanggungjawab. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Awak yang celaka, orang yang diumpat. | Dirinya sendiri yang bersalah (kerana kemalangan, kecelakaan, kekalahan dan sebagainya), orang lain pula yang disesalkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tuah anjing, celaka kuda. | Bahagia pada yang satu, celaka pada yang lain. (Bandingkan dengan: Tebu pada awak, peria pada teman). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tuah sebesar bukit, celaka sebesar gunung. | Mendapat kemalangan silih berganti. (Peribahasa lain yang sama makna: Tuah melambung tinggi, celaka menimpa badan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hulu malang pangkal celaka. | Permulaan segala bencana. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tuah melambung tinggi, celaka menimpa badan. | Mendapat kemalangan silih berganti. (Peribahasa lain yang sama makna: Untung melambung, malang menimpa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rosak bawang ditimpa jambak. | Menjadi celaka kerana perbuatan (kawan, kaum dan sebagainya) sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |