Sebagai cendawan dibasuh (= disesah). | Pucat lesi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di mana tembilang terentak, di situ cendawan tumbuh. | Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh, b. Di mana kapak jatuh, di situ baji makan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada batang, cendawan tumbuh. | Tiap-tiap negeri ada undang-undang dan adat resamnya masing-masing. (Bandingkan dengan: Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh. | Di mana juga kita tinggal, akan ada rezeki kita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh. | Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di mana kapak jatuh, di situ baji makan. | Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan. (Peribahasa lain yang sama makna: Di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |