Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj bekas tempat sirih dll (bentuknya bulat atau bujur spt dulang berkaki dan dibuat drpd logam); ~ biduk cerana yg rupanya spt biduk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerana I

Puisi
 

Makan sirih dalam cerana,
     Daun sirih sudah layu;
Ke hulu bersama ke hilir bersama,
     Macamlah isi dengan kuku.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Merawal menulang bukit,
     cerana menengah kota.

Bermaksud :

Tanda yang nyata bahawa seseorang itu hendak memajukan sesuatu permintaan. merawal = panji-panji.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bagai kapak naik cerana.Tidak pada tempatnya; kurang cukup alat (= kepandaian) untuk mengerjakan sesuatu. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kapak naik pemidangan [= peminangan]). cerana = tempat sirih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Merawal menulang bukit, cerana menengah kota.Tanda yang nyata bahawa seseorang itu hendak memajukan sesuatu permintaan. merawal = panji-panji.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jika yang baik diperbuat bersilang cerana datang, jika yang buruk diperbuat bersilang telunjuk bibir.Perbuatan baik apabila dikerjakan dapat pujian di mana-mana, perbuatan buruk apabila dikerjakan dapat celaan kanan dan kiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kapak naik pemidangan (= peminangan).Tidak pada tempatnya; kurang cukup alat (= kepandaian) untuk mengerjakan sesuatu. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kapak naik cerana). pemidangan (peminangan) = tempat sirih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas