| Laut budi tepian akal (= ilmu). | Orang cerdik pandai atau cendekiawan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Terlampau lurus, kurus; terlampau cerdik terkedik. | Hendaklah pandai membawa diri dalam pergaulan. kedik = lentuk ke belakang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bodoh tak dapat diajar, pandai tak dapat mengajar. | Berlagak pandai dan tiada mahu menurut bicara orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bingung tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikuti). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Siapa cerdik tinggi naik, siapa calak menang berhitung. | Orang yang pandai berkata-kata, meskipun bersalah, dipercayai orang jua. calak = banyak cakap; berhitung = berunding. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bingung tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikuti. | Berlagak pandai dan tiada mahu menurut bicara orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hati orang yang bodoh itu di mulutnya, dan lidah orang yang cerdik itu di belakang hatinya. | Orang bodoh berbicara tanpa perhitungan, orang pandai berfikir sebelum berkata-kata. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |