Cermat masa banyak, jimat masa sedikit. | Selalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berdikit-dikit, lama-lama menjadi bukit. | Cermat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nasi tak dingin, pinggan tak retak. | Cermat melakukan sesuatu pekerjaan. Biasa dijadikan gurindam; engkau tak ingin, aku tak hendak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hemat pangkal kaya, sia-sia hutang tambah. | Hemat dan cermat mendatangkan kesenangan, boros dan membazir mendatangkan kesukaran. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar lambat laga, asal menang. | Membuat sesuatu perkara hendaklah dengan cermat dan hati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar lambat asal selamat, tak lari gunung dikejar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ketika ada jangan dimakan, telah habis (= tiada) maka dimakan. | Berhemat cermat dalam penghidupan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai. | Jimat dan cermat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pantang kutu dicukur, pantang manusia dihinakan. | Bercakap -cakap haruslah hemat dan cermat, jangan sampai melukai hati orang lain; tiap-tiap orang mempunyai harga diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebagai kucing di atas tembok. | Orang yang menjaga dua pekerjaan; orang yang cermat dalam gerak-gerinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar lambat asal selamat, tak lari gunung dikejar. | Membuat sesuatu perkara hendaklah dengan cermat dan hati-hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |