Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.ba.cu.ba] | چوبا٢

Definisi : hanya menguji-uji saja (utk me­ngetahui dll): percaya dgn tiada ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ba.cu.ba] | چوبا٢

Definisi : sbg ujian saja; menguji-uji saja: Hanya ~, barangkali dpt sembuh penyakitnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuba-cuba

Puisi
 

Cuba-cuba menanam sirih,
     Takut nak ada tumbuh sulurnya;
Cuba-cuba merebut kasih,
     Takut nak ada unjuk hulurnya.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Gamak-gamak seperti menyambal.

Bermaksud :

Hanya dengan cuba-cuba atau kira-kira saja.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Cuba-cuba menanam mumbang, jika tumbuhan sunting (= suri, turus) negeri.Kerjakan terus walaupun kurang berharga, barangkali ada juga hasilnya kelak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gamak-gamak seperti menyambal.Hanya dengan cuba-cuba atau kira-kira saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bungkal genap menahan cuba, emas baik menahan uji.Keutamaan sifat seseorang dapat diuji dan dicuba. genap = cukup timbangannya; bungkal (bungkalan) = anak timbangan, ukuran berat emas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
cubaanhanya cubaKamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas