| Berkain tak cukup sebelit pinggang. | Kemiskinan yang amat sangat. (Biasa juga: Berkain tiga hasta). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dialas bagai memengat. | Berkata dengan cukup alasan. memengat = memasak pengat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kurang sesayat (= seiris) sebelanga. | Hampir cukup bilangan; sedikit saja yang kurang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ayam baru belajar berkokok. | Baru cukup umur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai berkain tiga hasta. | Serba tak cukup (miskin). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Air lalu kubangan tohor. | Penghasilan tidak cukup; habis bulan habis gaji. tohor = dangkal, kering. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Asal berisi tembolok senang hati. | Sudah cukup makan dan pakai maka senanglah hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dinding teretas, tangga terpasang. | Kejadian yang sudah cukup buktinya. retas = toreh dengan senjata tajam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai kapak naik cerana. | Tidak pada tempatnya; kurang cukup alat (= kepandaian) untuk mengerjakan sesuatu. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kapak naik pemidangan [= peminangan]). cerana = tempat sirih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti kapak naik pemidangan (= peminangan). | Tidak pada tempatnya; kurang cukup alat (= kepandaian) untuk mengerjakan sesuatu. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kapak naik cerana). pemidangan (peminangan) = tempat sirih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |