Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.pa/] | چوڤق

Definisi : 1. ukuran isi utk beras dll (suku gan­tang): maka disantap oleh Bendahara habis nasi segantang dan susu searai dan sakar se~; 2. = ~ asli Mn adat drpd datuk nenek; ~ sudah tertegak, suri sudah terkembang prb Mn telah lama adat berdiri bagi tiap-tiap pekerjaan; kalau se~ tidak boleh jadi segantang prb sesuatu yg sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi; lenggang-lenggok bagai ~ hanyut prb lenggang dan langkah yg lemah lembut; membawakan ~ ke negeri orang prb Mn memakai adat sendiri di negeri orang; mencupak menyukat dgn cupak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.pa/] | چوڤق

Definisi : kepala paip, kepala pengudut (candu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.pa/] | چوڤق

Definisi : sj ikan laut, gerepoh, kerepuh, pulas keladi, Caranx spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.pa/] | چوڤق

Definisi : 1 ukuran isi sebanyak gantang. 2 alat (utk menyukat sesuatu) yg bentuknya bulat torak atau spt tempurung yg besar dan dpt berisi sebanyak gantang. ~ hanyut lenggang yg lemah lembut (perlahan). ~ pesuk orang yg tidak boleh menyimpan rahsia. mencupak menyukat dgn cupak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cupak

Peribahasa

Cupak sudah tertegak,
     suri sudah terkembang (=terentang).

Bermaksud :

Telah lama adat berdiri tentang tiap-tiap pekerjaan. suri = pemidangan pada perkakas tenun.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Cupak tegak yang diisi.Aturan yang masih tetap berlakulah yang diturut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cupak sudah tertegak, suri sudah terkembang (=terentang).Telah lama adat berdiri tentang tiap-tiap pekerjaan. suri = pemidangan pada perkakas tenun.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cupak berkeesaan.Keadilan hukum baru bisa (boleh) diperoleh apabila sudah cukup keterangan atau pemeriksaannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Habis cupak dari pelelehan.Adat yang dilanggar sedikit demi sedikit itu akhirnya akan dilanggar semua sekali. pelelehan (leleh) = tiris, bocor.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Membawakan cupak ke negeri orang.Memakai adat-istiadat sendiri di negeri orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Duduk dengan cupak dan gantang.Ketua yang adil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mandi dalam cupak.Sesuatu keadaan yang menyebabkan serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai melompati pagar tiga hasta: akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Teleng bagi cupak hanyut.Berjalan melonjak-lonjak kerana suka atau sombong.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lenggang lenggok bagai cupak hanyut.Gaya langkah yang lemah-lembut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung.Segala perbuatan ada adat dan peraturannya masing-masing. betung = sebangsa buluh besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas