Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dada;

Puisi
 

Anak dara pandai bergaya,
     Kain sempit berbelah dada;
Jalannya lembut berlenggang sahaja,
     Rajin bersolek malas bekerja.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Belah dada lihatlah hati.

Bermaksud :

Berkata benar.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Dada manusia tidak dapat diselam.Pengetahuan (fikiran) seseorang itu tidak dapat diduga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belah dada lihatlah hati.Berkata benar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Isi dada bekal berjalan.Kalau ada ilmu ke mana pergi mudah rezeki.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seluas dada tuma.Sangat sempit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tepuk dada tanya selera.Sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan baik-baik menurut keyakinan kita sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Susu di dada tak dapat dielakkan.Nasib yang tak dapat ditolak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar luka di dada, jangan luka di belakang.Biar alah sesudah melawan, daripada alah kerana melarikan diri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Meraih pekung ke dada.Sengaja mencari malu atau becana.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mencabik baju di dada.Menceritakan aib kaum keluarga sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menarik pangkur ke dada.Insaf akan diri sendiri. pangkur = pacul.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas