Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ga.ngan] | داݢڠن

Definisi : barang-barang yg dipikul; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ga.ngan] | داݢڠن

Definisi : barang-barang yg diperdagangkan (diperniagakan atau dijualbelikan, biasanya di atau ke tempat atau negeri asing): pd ketika itu bapaku menjadi saudagar, membawa ~ belayar pergi datang ke negeri Siak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ga.ngan] | داݢڠن

Definisi : 1 barang-barang yg diperjualbelikan atau diperniagakan: Barang ~nya terdiri drpd kain batik, kain songket dan kain kasa. 2 urusan dagang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dagangan

Puisi
 

Bawa mari ke kedai Cina,
     Kerana itu buah dagangan;
Hidup kita biar sempurna,
     Kerana dunia ini adalah tumpangan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Dagangan bersambut yang dijualnya.

Bermaksud :

Cerita daripada orang lain yang diceritakannya. dagangan bersambut = barang amanah.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bandar terbuka dagangan murah, badan sudah tua.Sudah terlambat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dagangan bersambut yang dijualnya.Cerita daripada orang lain yang diceritakannya. dagangan bersambut = barang amanah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jemur terkekar ayam tiba.Baru saja dagangan dibuka, telah banyak orang datang membeli. terkekar = terkembang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai menyandang galas tiga.Pekerjaan yang ringan, tetapi sukar melakukannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyandang lukah tiga). galas tiga = tiga bungkus dagangan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laksana pencalang tersarat, tiada ke timur tiada ke barat.Orang yang sudah berpakaian cantik, tetapi duduk di dalam rumah saja. pencalang = perahu besar untuk memuat barang-barang dagangan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas