Buah yang manis berulat di dalamnya. | Perkataan yang manis-manis mengandungi maksud yang buruk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana buntal kembung, perut buncit di dalamnya kosong. | Orang yang tiada berpengetahuan, hanya cakapnya saja yang besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pisang mas di luar, onak di dalamnya. | Mulut manis yang berisi tipu muslihat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Barang siapa menggali lubang, dialah yang akan terperosok ke dalamnya dulu. | Siapa yang mencari jalan hendak menjatuhkan orang, maka dia sendiri kelak akan mendapat kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ibarat burung: mulut manis jangan dipakai. | Perkataan manis selalu berisi semu di dalamnya. semu = tipu, khianat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |