Yang ombak itu ombak juga, yang air itu air juga. | Orang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lurah juga diturut air, bukit juga dilejang panas. | Orang yang berpengaruh juga yang mendapat penghormatan dan orang yang biasa jahat pula yang selalu dituduh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Garam di laut, asam di gunung, bertemu dalam belanga juga. | Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga. | Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Garam di laut, asam di gunung, bertemu dalam belanga juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ke mana dialih, lesung berdedak juga. | Pekerjaan yang selalu mendatangkan kerugian atau kesusahan, biar di mana pun dikerjakan nescaya akan merugikan dan menyusahkan juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gigi dengan lidah ada kalanya bergigit juga. | Kerap kali juga timbul perselisihan antara suami isteri, sanak saudara dan sahabat handai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Setinggi-tinggi melanting, jatuhnya ke tanah juga. | Pangkat dan martabat yang tinggi tidak akan kekal, sewaktu-waktu akan hilang juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah berhati, kuman pun berhati juga. | Kaya dan miskin sama-sama berfikiran dan bernafsu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Intan salah serudinya. | Biarpun berketurunan baik, kalau tidak berpelajaran atau membuat kelakuan yang buruk, nescaya jahat dan hina juga jadinya. serudi = canai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buka mata pasang telinga, tutup mulut simpan di hati. | Sesuatu perkara yang tidak ada sangkut-paut dengan kita, boleh juga dilihat dan didengar, tetapi jangan dicampuri mulut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |