| Darah setampuk pinang. | Belum berpengalaman. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bersukat darah, bertimbang daging. | Melawan sampai mati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Minta darah pada dabung. | Minta bantuan pada orang yang tidak punya. dabung (berdabung) = berpepat gigi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menakik darah di batu (= di alu). | Meminta sesuatu pada orang yang tidak punya; bekerja dengan sia-sia (bekerja berat, sedikit hasilnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Minta darah pada daing. | Minta bantuan pada orang yang tidak punya. (Peribahasa lain yang sama makna: Minta darah pada dabung). daing = dendeng. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Minta dedak kepada orang mengubik. | Minta bantuan pada orang yang tidak punya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Minta darah pada dabung, b. Minta darah pada daing). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti lintah menghisap darah. | Membungakan wang dengan bunga yang terlalu mahal; menipu dengan cara yang lemah lembut. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti pacat melompat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Umur setahun jagung, darah setampuk pinang. | Belum berpengalaman. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai ayam mabuk tahi. | Pucat lesi dan tidak berdaya sebab sakit dan kurang darah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti pacat melompat. | Membungakan wang dengan bunga yang mahal. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti lintah menghisap darah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |