Berbilang dari esa, mengaji dari alif. | Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengaji daripada alif, membilang daripada esa; sakit bermula, mati bersebab, hujan berpokok, kata berpangkal). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dari telaga yang keruh, tak akan mengalir air yang jernih. | Daripada tabiat yang jahat tak akan lahir budi bahasa yang baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang keruh. | Daripada sifat yang mulia, tak akan lahir budi bahasa yang kasar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dari semak ke belukar. | Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buang daun keladi, berselimut dauh birah, b. Buang kuali ambil belanga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dari lecah, lari ke duri. | Menghindarkan diri daripada kesukaran yang kecil, jatuh dalam kesukaran yang lebih besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Takut akan lumpur, lari ke duri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dari jauh diangkat telunjuk, kalau dekat diangkat mata. | Umpat dan caci kerana kelakuan yang tidak senonoh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dari ajung (= jung) turun ke sampan. | Diturunkan pangkat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jauh dari mata jauhlah dari hati. | Hilang kasih sesudah berjauhan tempat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Naik dari janjang, turun dari tangga. | Membuat sesuatu pekerjaan menurut aturannya. janjang = jenjang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengaji daripada alif, membilang daripada esa; sakit bermula, mati bersebab, hujan berpokok, kata berpangkal. | Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbilang dari esa, mengaji dari alif). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |