Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.tang] | داتڠ

Definisi : 1 sampai (tiba) di sesuatu tempat: Ia ~ ke rumah saya pd pukul empat petang. 2 berasal (dr): Dia ~ dr Sabah. 3 akan tiba; kemudian: Emaknya hendak pergi ke Mekah pd tahun yg akan ~. 4 bergerak menghampiri (menemui) seseorang atau sesuatu tempat: Setibanya di situ, dia terus ~ ke tempat kami. 5 muncul; timbul: Setelah lama berfikir, ~ satu ilham di kepalanya. 6 diwahyukan (diturunkan): Syariat Allah yg ~ sebelum Islam, diturunkan utk kaum, masa dan keadaan tertentu. ~ akal mendapat akal atau ilham. ~ bulan (haid) turun atau keluar darah haid (bagi perempuan). ~ hati sampai hati; tergamak. datang-datang 1 setibanya; apabila datang: ~ ke rumah, dia bersungut. 2 kerap (sering) datang: Apabila ada masa lapang, ~lah ke rumah saya. berdatang; ~ sembah berkata-kata dgn raja (orang besar-besar) dgn bahasa halus: Aji Saka ~ sembah, mengingatkan baginda akan janjinya hendak menganugerahi dia sekeping tanah. mendatang 1 timbul (datang) dgn tiba-tiba: Pd msa itu, satu fikiran yg baik ~. 2 datang dr tempat lain: kaum yg ~. mendatangi 1 menziarahi: Sejak ia pulang dr Mekah, banyak sungguh orang yg ~ rumahnya. 2 datang utk memeriksa (menyerang, menangkap dsb): Petang semalam, polis telah ~ rumahnya. 3 menimpa (bkn bala, sakit dll); terkena: Ayahnya didatangi penyakit jantung. mendatangkan 1 membawa dr tempat lain: Institut itu akan ~ beberapa orang pensyarah dr Jerman. 2 mengakibatkan; menyebabkan: Kumanlah sebab utama yg ~ penyakit. 3 menghasilkan: Perusahaan memungut telur penyu sentiasa ~ keuntungan. kedatangan 1 perihal datang; ketibaan: ~ Menteri Besar ke kampung itu telah disambut dgn meriah. 2 ditimpa (kemalangan, sakit dll); diserang; didatangi. pendatang orang yg mendatang (tidak asli): ~ haram (tanpa izin) orang asing yg memasuki sesebuah negara tanpa kebenaran drpd (pihak) kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata datang

Puisi
 

Bukan kacang sebarang kacang,
     Kacang melilit di ranting kayu;
Bukan datang sebarang datang,
     Datang menyambut pengantin baru.


Lihat selanjutnya...(276)
Peribahasa

Datang tak berjemput,
     pulang tak berhantar.

Bermaksud :

Tetamu yang tidak penting.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Datang tampak muka, pulang tampak punggung.Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Datang nampak muka, pergi nampak belakang). (Bandingkan dengan: Hinggap mencengkam [dahan], terbang menumpu [dahan]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Datang tak berjemput, pulang tak berhantar.Tetamu yang tidak penting.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Datang seperti ribut, pergi seperti semut.Tentang penyakit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang.Orang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Luruh upih pergam datang; suruh putih hitam datang.Lain yang dihajatkan lain yang diperoleh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Datang nampak muka, pergi nampak belakang.Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Deras datang dalam kena.Pekerjaan yang terburu-buru itu kelak akan mendatangkan kerugian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Malang tiada datang tunggal.Malang yang bertimpa-timpa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sirih berlipat datang sendiri.Mendapat orang yang dicintai dengan tak payah berusaha; beroleh keuntungan dengan mudah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laut datang memunggah mutiara.Orang pandai datang mengajarkan ilmu yang berguna kepada kita.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123456

Kembali ke atas