Minta dedak kepada orang mengubik. | Minta bantuan pada orang yang tidak punya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Minta darah pada dabung, b. Minta darah pada daing). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidak terindang dedak, berbiak lagi. | Tidak berdaya lagi, sudah lemah benar. berbiak = basah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidak terindang dedak basah. | Perselisihan atau perkara yang sangat sukar menyelesaikannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai hantu makan dedak. | Bersungut-sungut dengan tiada tentu sebabnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai padi, hendakkan dedak; bagi laki (= suami), hendakkan gendak. | Orang yang suka menolak sesuatu pemberian yang baik, dan gemar berbuat pekerjaan buruk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Api makan sekam (= dedak). | Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti api makan [= dalam] sekam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti api makan (= dalam) sekam. | Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. (Peribahasa lain yang sama makna: Api makan sekam [= dedak]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidak terkayuhkan lagi biduk hilir. | Tidak berdaya lagi, sudah lemah benar. berbiak = basah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tidak terindang dedak, berbiak lagi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |