Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kulit padi yg menjadi serbuk ketika padi ditumbuk;bagai padi hendakkan ~, bagai laki hen­dakkan kendak prb orang yg suka menolak pem­berian yg baik dan lebih suka membuat pe­kerjaan buruk; minta ~ kpd orang me­ngubik prb minta bantuan pd orang yg tidak mampu menolong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dedak I

Puisi
 

Kalau dedak katakan dedak,
     Jangan saya tertampi-tampi;
Kalau hendak katakan hendak,
     Jangan saya ternanti-nanti.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Tidak terindang dedak,
     berbiak lagi.

Bermaksud :

Tidak berdaya lagi, sudah lemah benar. berbiak = basah.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Minta dedak kepada orang mengubik.Minta bantuan pada orang yang tidak punya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Minta darah pada dabung, b. Minta darah pada daing).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak terindang dedak, berbiak lagi.Tidak berdaya lagi, sudah lemah benar. berbiak = basah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak terindang dedak basah.Perselisihan atau perkara yang sangat sukar menyelesaikannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai hantu makan dedak.Bersungut-sungut dengan tiada tentu sebabnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai padi, hendakkan dedak; bagi laki (= suami), hendakkan gendak.Orang yang suka menolak sesuatu pemberian yang baik, dan gemar berbuat pekerjaan buruk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Api makan sekam (= dedak).Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti api makan [= dalam] sekam).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti api makan (= dalam) sekam.Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. (Peribahasa lain yang sama makna: Api makan sekam [= dedak]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak terkayuhkan lagi biduk hilir.Tidak berdaya lagi, sudah lemah benar. berbiak = basah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tidak terindang dedak, berbiak lagi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas