Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.gar] | دݢر

Definisi : bunyi spt bunyi orang memukul kayu (memecah pintu dll); ~-~ merapati =~-~ perapatkan prb per­selisihan (dlm hal keluarga, suami isteri) yg tidak merenggangkan tetapi mengeratkan lagi perhubungan; berdegar-degar 1. berbunyi degar beberapa kali; 2. ki besar dan bersemangat (bkn per­cakapan seseorang): cakapnya dgn kita selalu berdentum ~; cakap ~, tahi sangkut di gelegar prb cakap sahaja yg besar tetapi tidak ada apa yg dikerjakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata degar

Peribahasa

Senduk berdegar-degar,
     nasi habis budi dapat.

Bermaksud :

Membuat pekerjaan yang kurang baik, akhirnya akan mendapat malu.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Degar-degar merapati.Perselisihan antara kaum keluarga atau suami isteri yang makin merapatkan perhubungan. degar-degar = bunyi kayu dipukul.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Senduk berdegar-degar, nasi habis budi dapat.Membuat pekerjaan yang kurang baik, akhirnya akan mendapat malu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar.Cakapnya saja yang besar tetapi tidak ada satu pun pekerjaan yang dilakukan olehnya. (Biasa juga: Cakap berdegar-degar, tumit di keting).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas