Degar-degar merapati. | Perselisihan antara kaum keluarga atau suami isteri yang makin merapatkan perhubungan. degar-degar = bunyi kayu dipukul. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Senduk berdegar-degar, nasi habis budi dapat. | Membuat pekerjaan yang kurang baik, akhirnya akan mendapat malu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar. | Cakapnya saja yang besar tetapi tidak ada satu pun pekerjaan yang dilakukan olehnya. (Biasa juga: Cakap berdegar-degar, tumit di keting). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |