Bakar tiada hangus. | Sangat degil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bangsar balur liat. | Orang yang degil. balur = kulit keras. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Itik dimandikan takkan basah. | Orang yang degil tidak akan mendengar nasihat atau ajaran. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan liat kurang panggang. | Tidak dapat diajar; degil. jangat = kulit binatang atau manusia di sini dimaksudkan kepada kulit kerbau atau lembu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pantang si tegang dibawa mengetul. | Orang yang degil tidak mahu menurut nasihat orang. si tegang = orang yang keras kepala; mengetul = melipatkan, seperti meringkuk waktu tidur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dientak (hentak) tak masuk, diumpil tak bergerak. | Sangat degil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kikir pari belulang kering, direndam tujuh hari tak basah. | Terlalu degil atau terlalu kikir; orang yang kuat atau berkuasa. kikir = besi baja beringgit atau belulang pari untuk melicinkan kayu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti hendak meluruskan ekor beruk. | Sangat sukar menasihati orang yang degil. (Bandingkan dengan: Ekor anjing berapa pun dilurut [akan dia] tiada juga betul). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pipit tuli makan berhujan, tak ditahan (dihalau) padi habis, hendak (= bila) dihalau kain basah. | Serba salah jika berurusan dengan orang yang degil: jika dibiarkan jadi rosak, jika ditegur tiada diikuti; serba salah di dalam sesuatu pekerjaan yang sulit, dikerjakan berbahaya, tak dikerjakan berbahaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |